Kelebihan dan Kekurangan Teknologi Baharu Dalam Industri 4.0

 

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM INDUSTRI 4.0

 

3.1   Kelebihan Pengkomputeran Awan

3.1.1          Menjimatkan kos

Pengkomputeran awan telah menguntungkan perniagaan dan organisasi dalam membantu mengurangkan kos. Dengan pengkomputeran Awan, Anda dapat menjimatkan kos pada modal yang besar, dengan perbelanjaan sifar kerana tidak perlu memasang aplikasi atau server dalaman. Server hadir secara fizikal memerlukan perbelanjaan yang besar.

3.1.2          Kebolehpercayaan

Infrastruktur Pngkomputeran Awan sangat efisien dalam memenuhi keperluan beberapa pelanggan dan mengekalkan konsistensinya dalam fungsi dan perkhidmatannya.

 

3.2   Kekurangan Pengkomputeran Awan

3.2.1          Downtime        

Penyedia perkhidmatan mungkin menghadapi gangguan teknikal apabila telah banyak server dari pelbagai pelanggan. Oleh kerana keadaan ini tidak dapat dielakkan apabila berlaku sabotaj. Sekiranya internet terputus, kita tidak dapat menkakses data, perisian atau aplikasi di cloud.

3.2.2          Kawalan Terhad

Perkara negatif yang terdapat dalam pengkomputeran awan apabila sesebuah organisasi mungkin mempunyai kawalan akses terhad pada alat, data dan aplikasi kerana cloud dikendalikan oleh penyelia perkhidmatan. Ini dapat memberi satu kawalan minimum kepada pelanggan kerana aksesnya hanya terbatas pada aplikasi.

 

 

 

 

3.3   Kelebihan Internet of Things (IoT)

                                3.3.1      Menjimatkan tenaga elektrik

Kos sumber kuasa dalam pengurusan dan pembangunan adalah lebih tinggi. Orang ramai banyak membuat pembaziran dari segi makanan, air, wang, tenaga dan perkara-perkara lain. Inin disebabkan oleh sikap malas dalam diri seseorang. Walaubagaimanapun, teknologi terutamanya kombinasi IoT dan kecerdasan buatan ini akan memberi impak positif kepada kehidupan pada masa akan datang.

 

3.3.2     Analisis Data   

Semakin banyak maklumat yang diperolah menyebabkan pengguna lebih mudah untuk menentukan sama ada perkara tersebut betul atau salah berdasarkan data yang ada. Dengan bantuan algoritma komputer dan program, pengguna tidak perlu menganalisis sendiri data dan merekodnya satu demi satu. Semua mesin yang digunakan serba canggih dan membuatkan semua berjalan dengan lebih pantas.

 

3.4   Kekurangan Internet of Things (IoT)

3.4.1          Perisian tidak selamat

Serangan DDos melaui peranti Internet of Things, dimana serangan ini merupakan perkhidmatan yang mana pelayan internet berfungsi apabila mereka menerima sejumlah besar permintaan akses. Kebanyakkan pengguna menggunakan kata laluan dan nama pengguna yang sama, membenarkan orang lain melakukan jenis serangan besar-besaran. Ini dapat melumpuhkan kesemuanya, oleh itu dengan cara terbaik hendaklah menukar setiap kali menggunakannya.

                3.4.2      Maklumat tidak disulitkan   

Perkara negatif yang selau terjadi dalam Internet of Things ialah apabila            maklumat tidak disulitkan pada bila-bila masa. Ini akan menyebabkan orang lain boleh mengakses maklumat tersebut.

 

3.5   Kelebihan Analisis dan Big Data

3.5.1          Dari segi kewangan

Big Data banyak digunakan dalam bidang kewangan terutamanya untuk meningkatkan pengesanan penipuan. Untuk mengesan dan mencegah penipuan, Big Data menganalisis pola data transaksi masa nyata dan mencari dari pelbagai sumber. Penggunaan Big data di institusi kewangan mampu mengenal corak yang berkaitan dengan penipuan dan mengetahui transaksi baru yang sesuai dengan corak sekarang.

3.5.2          Ketepatan ramalan

Ketepatan ramalan dalam Big Data dapat membantu organisasi dalam membuat keputusan dengan lebih yakin dan meningkatkan kecekapan operasi. Pada masa sekarang penggunaan Big Data sangat penting terutamanya bidang- bidang penting dalam negara seperti perniagaan, kesihatan dan kewangan.  

 

3.6   Kekurangan Analisis dan Big Data

3.6.1          Isu privasi

Para pelanggan yang akan cukup mengambil berat dengan privasi data peribadi mungkin akan terganggu oleh pengumpulan informasi oleh sistem Big Data. Terbukti dari beberapa kes kebocoran data yang menimpa perusahaan besar seperti Yahoo!, Facebook yang terbabit dengan pelanggaran data.

3.6.2          Memerlukan infrastruktur dan tenaga kerja

Untuk memproses dan memaksimumkan data besar, pemilik perniagaan mesti melabur dalam menyediakan infrastruktur teknolgi maklumat (IT) yang berkebolehan. Infrastruktur terdiri daripada pangkalan data dan pemproses dengan kuasa pengkomputeran yang mencukupi. Selain itu, pakar yang menguasai sains data dan analitik juga perlu untuk memproses maklumat yang dijana oleh Big Data.

 

Comments

Popular posts from this blog

Negara Yang Melaksanakan Teknologi Baharu IR 4.0

Revolusi IR 4.0