Negara Yang Melaksanakan Teknologi Baharu IR 4.0

 

   NEGARA YANG MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

Di Korea Selatan dan China telah melaksanakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan penggunaan robotik dalam mendepani virus Covid-19. AI adalah sistem yang dihasilkan untuk mempelajari persekitaran dan menjadi pemacu kepada hubungan di antara manusia, peralatan fizikal dan dunia digital.

Penggunaan teknologi IR 4.0 ini, dapat membantu masyarakat untuk mengenalpasti, memantau, meramal sesuatu penyakit termasuk COVID-19. Dengan penggunaan AI, maklumat COVID-19 dapat dikumpul seperti dari media social dan dokumen kerajaan. Simptom dapat dikenalpasti dan diramalkan menerusi analisa data.

 

3.1   KOREA SELATAN

Di Korea Selatan, setiap kali seseorang diuji positif Covid-19 semua prang di sekelilingnya disediakan dengan butiran perjalanan, aktiviti, dan peta perjalanan individu yang dijangkiti untuk dua minggu sebelumnya melalui pemberitahuan mudah alih yang dihantar melalui sistem notifikasi di telefon pintar. Korea Selatan juga memperkenalkan ujian Covid-19 pandu lalu di mana seseorang boleh memandu kereta ke sebuah makmal ujian bergerak, memberikan sampel semasa di dalam kenderaan, dan mendapat keputusan ujian dalam masa beberapa minit. Kawalan harga barangan dilaksanakan untuk memastikan bekalan dan pengedaran topeng muka dan barang pencegahan lain lebih efektif dengan melaksanakan peraturan dan reka bentuk sistem berasaskan AI.

 

3.2   CHINA SELATAN     

Di China, teknologi AI digunakan untuk mengenal pasti risiko terhadap individu berpotensi untuk mendapat jangkitan menerusi data sejarah perjalanan dan tempoh masa berada di kawasan wabak. Teknologi AI juga digunakan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai symptom demam menerusi topi keledar pintar untuk tindakan pengasingan dan rawatan. Dengan itu China menggunakan imbasan CT yang dikendalikan oleh AI untuk mengenal pasti seseorang terkena jangkitan Covid-19 semasa ketiadaan ahli radiologi.

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan dan Kekurangan Teknologi Baharu Dalam Industri 4.0

Revolusi IR 4.0