Revolusi Industri 4.0 Yang Dihadapi Oleh Sektor Swasta dan Sektor Kerajaan di Malaysia
REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA
(PEMBUATAN/PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA
Untuk mencapai Revolusi Industri 4.0 dalam sesebuah negara adalah
bukan perkara mudah. Revolusi Industri 4.0 merupakan satu visi pada masa hadapan.
Terdapat beberapa aspek dan cabaran. Bermula daripada revolusi industri yang
pertama hingga yang ketiga, dunia telah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam
memastikan revolusi-revolusi ini bergerak seiring dengan perkembangan semasa
dan kehendak masyarakat.
Kewujudan Revolusi Industri 4.0 tidak terlepas dengan cabaran yang
perlu ditangani oleh semua pihak agar peralihan teknologi industri yang baharu
ini dapat diimplementasikan secara optimum di semua peringkat.
i. Kemahiran Tenaga Mahir
· Usaha bagi melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring denagn Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabara kerana memerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos yang terlalu tinggi.
· Wold Economic Forum telah membuat satu tinjauan dan mendapati 37 peratus golongan pekerja di Eropah tidak memiliki kemahiran digital dan hal ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada mereka dalam menyesuaikan diri dengan teknologi industry yang baharu.
ii. Ancaman Keselamatan Siber
· Kewujudan revolusi ini akan membawa kepada ancaman jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi sebelum ini. Pengenalan Internet of Things (IoT) yang mengintegrasikan antara sistem fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian termasuklah ancaman pengodam dan penjenayah siber ( Min,David & Suk,2018)
· Evolusi IoT yang semakin berkembang telah mengancam keselamatan rangkaian siber di beberapa buah negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Kanada. Serangan khusus ke atas sistem perindustrian di negara-negara berkemungkinan akan berterusan berikutan peningkatan automasi dan sambungan internet yang tinggi ( Ervural & Ervural,2018)
iii. Kesukaran
Penyelarasan Organisasi
· Menurut kajian yang telah dibuat
oleh Accenture, dikatakan dalam masa kurang 5 tahun, semua jenis perniagaan
terutama berkaitan dengan sektor automasi, pembuatan dan digital harus memiliki
strategi digital yang matang untuk beroperasi dengan baik seperti yang
dilakukan oleh syarikat Tesla pada masa ini.
· Selain itu, kewujudan Industri
4.0 akan memperkenalkan penggunaan canggih dalam proses perkilangan di sesebuah
syarikat. Kepakaran, pengalaman dan masa menjadi perkara penting bagi sesebuah
syarikat dalam menyesuaikan sistem produksi dengan kehadiran teknolgi baharu
agar menjamin produktiviti yang berterusan.
Comments
Post a Comment