NEGARA YANG MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0 Di Korea Selatan dan China telah melaksanakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan penggunaan robotik dalam mendepani virus Covid-19. AI adalah sistem yang dihasilkan untuk mempelajari persekitaran dan menjadi pemacu kepada hubungan di antara manusia, peralatan fizikal dan dunia digital. Penggunaan teknologi IR 4.0 ini, dapat membantu masyarakat untuk mengenalpasti, memantau, meramal sesuatu penyakit termasuk COVID-19. Dengan penggunaan AI, maklumat COVID-19 dapat dikumpul seperti dari media social dan dokumen kerajaan. Simptom dapat dikenalpasti dan diramalkan menerusi analisa data. 3.1 KOREA SELATAN Di Korea Selatan, setiap kali seseorang diuji positif Covid-19 semua prang di sekelilingnya disediakan dengan butiran perjalanan, aktiviti, dan peta perjalanan individu yang dijangkiti untuk dua minggu sebelumnya melalui pemberitahuan mudah alih yang dihantar melalui sistem notifikasi...
Comments
Post a Comment