Home
DEFINISI REVOLUSI INDUSTRI IR 4.0
Revolusi Indusrti (IR) adalah mengenai sistem dan sistem siber-fizikal yang boleh menghubungkan dunia digital dengan sistem biologi seperti manusia melalui internet. Revolusi Industri Yang Pertama adalah revolusi sektor pembuatan pada pertengahan abad ke-18. Selepas penemuan teknologi wap di Eropah, penggunaan mesin kilang-kilang telah membantu dan mengurangkan tenaga buruh dan menjadikan sektor pengeluaran lebih effisien. Ia dapat mengubah cara hidup masyarakat daripada berorientasikan pertanian kepada perindustrian.
Revolusi Industri Yang Kedua pula mula pada tahun 1990 dengan wujudnya kemudahan elektrik yang membolehkan proses pengeluaran secara besar-besaran. Sebelum itu kilang tidak dapat mengeluarkan produk secara banyak tetapi dengan adanya kemudahan elektrik dapat memproses lebih banyak permintaan. Dengan cara itu dapat membantu mengurangkan harga kepada pengguna.
Revolusi industri Yang Ketiga pula wujud pada tahun 2000 dengan teknologi automasi dan digital. Mesin dan robot boleh bekerja dengan sendiri melaluu digitalisasi. Revolusi Industri Yang Keempat pula bermula di negara-negara maju pada tahun 2011.
Revolusi Industri 4.0 ini merupakan teknologi komputer dan automasi yang bekerja dalam sebuah cara yang baru. Dalam revolusi yang baru ini mesin, peranti, sensored dan manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Ia membantu menyelesaikan masalah yang terlalu sukar dan boleh meramalkan sesuatu masalah sebelum ia berlaku.
Dengan adanya Revolusi Industri 4.0 sistem ini turut diintegrasikan dalam tubuh manusia untuk memulihkan fungsi deria untuk golongan orang kurang upaya. Dengan teknologi automasi, industri 4.0 dapat mengatasi kebergantungan tenaga buruh yang kurang mahir. Ini dapat membantu pengurusan input dan output yang lebih sistematik dan meningkatkan taraf hidup pekerja. Ia bakal mengubah masa depan dunia pekerjaan dan masa depan pekerja. Contohnya rakyat Malaysia terpaksa membazir masa berjam-jam di dalam kesesakan lalu lintas .
Ini memberi kesan kepada perniagaan-perniagaan apabila penghantaran barang daripada pengilang menjadi lambat. Dengan adanya automasi, smart city dan sistem pengangkutan yang boleh beroperasi sendiri di jalan raya semua kenderaan boleh merancang perjalanan secara automatik berdasarkan data daripada komputer pintar. Perancangan bandar terus menjadi lebih teratur masalah trafik pun hilang dan proses penghantaran produk akan jadi lebih efisien.
Industri 4.0 ini memberi cabaran baru kepada semua sektor di Malaysia. Kebanyakkan sektor di Malaysia masih lagi mengamalkan industry 2.0 dan 3.0. Oleh itu, untuk memastikan Malaysia kekal relevan dalam industry global agensi kerajaan (MAIDA) menggalakkan perniagaan insudtri tempatan untuk berubah seiring dengan industry 4.0. Dengan itu dapatlah bersaing dalam era ekonomi dan meningkatkan taraf hidiup rakyat Malaysia.
Syarikat tempatan bolehlah mendapatkan bantuan untuk mempercepatkan inovasi mereka dengan menceburi dunia digital dan automasi melalui dana strategik pelaburan domestic (DISF) dan elaun modal automasi (ACA). Di samping itu, pengendalian kursus-kursus berkaitan industri 4.0 di institusi-institusi pendidikan juga akan melonjakkan negara kepada industri berpengetahuan dan berteknologi tinggi.
Comments
Post a Comment